Everyone is Connected

20111129

Rumor:Ini Dia Reka Bentuk iPhone 5


Kerana selalu menjaga rahsia, Apple pun tak pernah lepas dari khabar angin. Contohnya, khabar angin yang satu ini soal saiz skrin iPhone seterusnya. Rumor ini muncul dari laman Macotakara.jp dan dikutip oleh banyak pihak, termasuk AppleInsider.

Disebutkan, Hitachi dan Sony bekerja sama untuk membekalkan skrin bagi Apple. Nah, yang menarik, skrin yang disediakan berukuran 4 inci (10,16 cm). Setakat ini, produk Apple menggunakan skrin berukuran 8,89 cm. Adakah ini menjadi saiz skrin produk iPhone seterusnya, sebut saja iPhone 5? Hitachi dan Sony saat ini dikatakan sedang dalam proses menggabungkan perniagaan display mereka dengan Toshiba.

Sebuah syarikat baru akan hadir daripada tiga unit perniagaan display tiga gergasi Jepun itu. Rumor skrin 10,16 cm ini hadir hampir bersamaan dengan khabar angin Apple melakukan pelaburan pada kilang Sharp di Jepun. Nantinya, Sharp akan membekalkan skrin dengan teknologi IGZO (Indium, galium, Zinc). Skrin IGZO disebut mampu menghasilkan peranti dengan saiz lebih nipis. Menurut Wall Street Journal, skrin IGZO akan digunakan di iPad 3, sedangkan untuk iPad 4 Rumornya akan ada bekalan skrin dengan teknologi yang lain lagi dari syarikat asal Taiwan. Sumber(kompas)

0 komentar: