Everyone is Connected

20131214

Google Bakal Buat Prosesor Sendiri?

Youfacom.com - Google selama ini dikenali sebagai syarikat pembekal perkhidmatan dan software, bukan pengeluar perkakasan. Namun , semua perkhidmatan-perkhidmatan Google seperti YouTube, Street View, hingga Google Docs memerlukan infrastruktur server yang solid.

Google telah membina pusat data di beberapa negara,dan menurut Bloomberg, Google mengatakan akan membuat cip sendiri.

Pemproses tersebut rencananya akan digunakan Google untuk server - pelayannya. Google mungkin akan bekerja sama dengan ARM, perancang cip yang saat ini banyak digunakan di peranti Android. Menurut pemerhati, kerja sama tersebut boleh jadi mengancam dominasi Intel di pasaran pemproses.

Google berpendapat bahawa dengan membuat reka bentuk sendiri, pihaknya boleh mengatur interaksi perkakasan dan software secara lebih baik.

"Kami terlibat secara aktif dalam membuat infrastruktur terbaik di dunia," ujar Liz Markman, jurucakap Google. " Hal itu termasuk mereka bentuk perkakasan dan software, " tambahnya. Namun, Markman tidak mau menjelaskan lebih lanjut apakah Google akan membuat cipnya sendiri.

Google sendiri saat ini menjadi pelanggan terbesar kelima milik Intel, dengan menyumbang 4.3 peratus pendapatan Intel menurut penganalisis Bloomberg. Dengan rencana Google membuat cip sendiri, maka Intel boleh kehilangan pendapatan cukup banyak.

ARM sendiri mendominasi pasaran telefon pintar dan tablet, bersamaan dengan syarikat seperti Qualcomm dan Samsung mereka menghambat laju Intel untuk berkembang di arena itu.k

 

0 komentar: