Everyone is Connected

20110527

Google Wallet: Anda Tak Perlu Lagi Bawa Dompet







Dengan telefon pintar, Google Inc. mengeluarkan produk perkhidmatan pembayaran yang membuat anda tidak perlu bawa dompet lagi.

Fungsi wang tunai di dompet telah tergantikan oleh kad kredit. Tapi sekarang bahkan kad kredit tidak diperlukan lagi, kerana fungsinya telah digantikan oleh telefon.

Karena sekarang ada Google Wallet. Dikeluarkan Kamis (26 / 5), Google mendedahkan bahawa apabila anda belanja, anda benar-benar tak perlu lagi bawa dompet.

Untuk melakukan transaksi pembayaran di kedai atau restoran, anda hanya perlu memilih jenis kad kredit di telefon anda, lalu dekatkan saja layar monitor telefon itu ke alat penggesek kad kredit.

Perkhidmatan transaksi dan pembayaran elektronik melalui internet telah banyak dikeluarkan antara lain oleh Visa, eBay, atau PayPal. Google bukan kali pertama melancarkan perkhidmatan pembayaran elektronik. Pernah ada perkhidmatan Checkout lima tahun lalu, tapi tidak terlalu berhasil.

Namun sekarang Google Wallet berinovasi memasarkan produk pelbagai pengeluar lewat perkhidmatan berasaskan lokasi. Ia bekerja sama dengan MasterCard dan Citibank. Dengan begitu ia akan lebih mudah mendekati pelanggan.

Tapi masalahnya, Google Wallet tidak sembarang telefon yang boleh menjalankan Google Wallet. Aplikasi itu hanya bekerja pada telefon pintar Google Nexus S 4G keluaran Sprint Nextel Corp. Klik di sini untuk lihat video di YouTube.

0 komentar: